Mencari Kestabilan Hidup
0Sibuk. Ya, setelah selesai aku cuba adaptasi dengan segala business yang tengah running sekarang ni, aku fikir aku patut berhenti memberikan alasan. Yakin, semua akan terjadi macam aku impikan, dan mungkin jalan ceritanya agak berbeza. Janji aku sampai tempat yang nak dituju.
Macam sebelum ini, daripada student Universiti, impikan sebuah empayar perniagaan. Lepas habis belajar saja, aku dapat cipta perniagaan tersebut, walaupun agak rebah ditengah jalan. Janji apa yang ada di hati aku masih kental. Semangat. Ya aku tak pernah putus harapan atas apa yang aku lalui. Dan akhirnya(belum boleh consider sebagai akhir) aku memang running business dan agak selesa bertaraf ‘Miskin Bandar’.
Next target, sempurnakan cinta, emblem tiga kaki dan aset seperti rumah. Mungkin tahun 2012 adalah tahun terbaik bagi aku. Daftar perniagaan dengan nama baru, buka current account dan pusing modal RM5k, macam saranan kawan aku mungkin agak terbaik dan boleh dapatkan aku loan untuk tembus bank. Ya, pekerja tak bergaji EPF seperti aku ni, bank akan pandang slack. So dengan rolling duit dalam current account company, insyaALLAH dapat atasi masalah tersebut.
Oh, aku nak type panjang, tapi terlalu busy since ‘orang kaya’ dari Sepang nak jumpa bincang pasal apa yang kami boleh kerjasama dalam business ini esok. Business apa? nanti aku cerita satu-satu.
Ya, emblem tiga kaki, sempurnakan cinta dan aset rumah mungkin aku dapat miliki serentak. Bukankah sebelum ini aku selalu dapat kerana nekad? InsyaALLAH. InsyaALLAH.
p/s: saving terkacau sikit since miliki gajet baru Galaxy Tab sekarang. Oh cukup la untuk aku berbusiness.
Rich Score A? No!
0
Otak aku dah berjaya karang satu post, tapi bila nak type semua lupa. Antara yang tak lupa adalah quotes ayat di bawah. Gerakkan otak hingga ke langit.
If you want to be rich, don’t score A.
When I was young, and I got an A on a history test, I got this good feeling about all the things I could be … And then I never became any of them.
- Chris Gardener, The Pursuit of Happyness
Cinta dan Emblem Tiga Kaki
0Pergh, ibarat sebulan sekali pulak update blog aku ni. Macam biasa kehidupan busy dan busy, tambah-tambah selepas aku kembali menjadi pekerja sepenuh masa dan sepenuh hati. Bukan aku dah kalah pada business punya cabaran, tapi aku cuba susun strategy dengan menjadikan kerja yang base on commission dan berkadar terus dengan usaha yang kita buat akan mendatangkan peluang yang lebih cerah dan income yang lebih lumayan.
Dalam banyak-banyak hal, rancangan untuk maju setapak lagi dalam hidup aku mula ditanam. Jadi aku kena lebih kuat berusaha. “Obstacles not to be surrender, but to be broker ” – myviplife
Penulisan blog aku rasa dapat memberikan impak positif untuk kita flash back usaha dari sehari ke sehari. Tapi jika sebulan baru sekali update, macam mana nak buat daily life audit. Oh, kehidupan di Shah Alam ini amat memberansangkan, jalan rezeki mula nampak masuk dan pada hujung January insyaALLAH aku akan naik kapalterbang buat pertama kali, terbang ke kepulauan yang tidak dijangka.
Aku cuba buat kerja dengan lebih teratur, dan gunakan masa sebaik mungkin. Setiap kali nak tidur aku fikir perkara yang aku tak sempat buat utk hari ini. Buku “Be Rich and Happy” karangan Pakcik Robert dan pemberian si Cinta belum sempat aku habiskan. Tapi jika terbaca, terjebak macam tengok tv.
Perasaan ‘keluar dari kerja’ dan ‘Mind your own business’ sering ‘Moshing’ dalam hati aku, memberontak. Ya ibarat pemberontak, tapi perlu ada kawalan, strategy dan motivasi. Pemberontakan ini boleh menyebabkan semakin rapatnya aku kepada ‘indahnya cinta’ dan ‘ emblem tiga kaki’

Ya blog post hari ini aku gabungkan kedua-dua ‘indahnya cinta’ dan ‘emblem tiga kaki’ dengan gambar di sini. Picture speak a thousand words, but if picture like this, you will speak my name a thousand times. LoL
Masa
0Masa berlalu cepat, kalau benda berlalu boleh tau, ni tak nampak pun masa berlalu.
Oh, dah nak raya haji. Selamat Raya Haji.
Sebulan di sini adalah cinta yang terindah buat ku ~ dan aku perlukan lebih dari sebulan, iaitu selama-lamanya.
Say – All I Need
0Beza posting ni dengan posting yang lepas adalah 51 hari. Dalam 51 hari ni macam-macam terjadi dalam hidup aku. Kalau hidup orang lain pergi kerja, balik kerja, atau selalu buat rutin harian, aku ibaratkan perubahan dalam hidup aku dah mencapai satu tahun yang terjadi perubahan hidup orang lain.
Perubahan hidup aku memang amat drastik, kerana aku tak follow crowd. Hidup aku sangat berlainan dan full of suprise. Hari-hari ada suspens. Gembira, excited, sedih, takut, suprise dan semua warna tu ada dalam tapak kaki aku.
Dalam beberapa hari ini, aku rasa nak dengar sangat lagu ni, aku cari-cari jumpa dari One Republic – Say ( All I need)
Sedutan lirik terbaik –
Whenever the end is
Do you think you can see it?
Well, until you get there
Go on, go ahead and scream it
Just say it
Full lyrics One Republic – Say (All I Need)
Mood : Business Pressure Under Control
XAUUSD – EMAS
0Time aku beli emas time tu dia turun. Memang terbaik. Oh pendeknya post.
Mungkin lagi sesuai aku micro blogging. Guna twitter saja. Aku tiada twitter. Damn!
Tua
0Kurang beberapa hari lagi dah nak sambut Raya. Macam biasa, baju raya2 lepas pun ada. So, ertikata tak payah beli dah. Mungkin grab sehelai dua tshirt sahaja untuk raya kali ni.
Rezeki alhamdulillah, ada business project baru, cuma business running sekarang agak bermasalah. Bukannnya rugi, cuma tak dapat target ROI yang diharapkan. Perlu ada planning dan management yang lagi cantik aku fikir.
Tengok lah esok dan lusa macam mana. Rasanya masa cepat betul berjalan, sampai aku pun tak terkejar.
Oh, aku makin tua. Oh tahun depan. Oh, moga moga dimurahkan rezeki untuk orang yang makin tua dan tak terkejar waktu macam aku ini.

Hidup Terbaik
011.37 a.m – berapa Ramadhan pun dah tak kira dah.
Mood baik, hati senang, hidup full of spirit. Jom kita berblog balik.
Oh say ohh..good good life
